Friday, June 20, 2008

hari-hari terakhir

Hari ini adalah hari terakhir aku di sini kerana esok (sabtu) suami tersayang akan mengambil semula aku dan Arissa balik ke rumah kami. Sebelum itu kami akan dibawa oleh hubby ke Melaka buat semalam dan akan berangkat ke Kelantan, kerana hubby akan membuat lawatan student2 LI (latihan industri) buat 2-3 hari. Sebenarnya inilah kali pertama aku akan ke kelantan (huhuhu kesian aku). Sebenarnya dulu semasa study dulu tak ke sana sbb tiada pogram ke sana. Lagipun setiap kali cuti sem sekiranya tiada apa-apa pogram uni, kami akan balik ke kampung atuk sebelah abah di kuala kangsar. Bukan tiada kawan-kawan orang kelantan, tetapi orang tua aku tidak benarkan pergi ikut kawan-kawan yang jauh-jauh. Mak pula kata kata kalau nak pegi mana-mana kene nikah dulu pastu dia juga ada kata "kalau hangpa dah nikah nak pi langit hijau pun aku tak larang (setau aku langit tu warna biru bukan hijau)".

Hmmmm..terasa sedih pun ada risau pun ada nak tinggalkan keluarga di sini. Walaupun sibuk menjadi "pengurus" aku tetap happy kerana dapat membantu mak meringankan tugasan rumahtangga. Aku terasa sedih kerana aku akan meerindui saat-saat menolong adik dan kakak aku, serta aku mula sayang kepada anak-anak menakan aku yang baru kerana mereka sudah pandai tersenyum sekiranya memanggil nama mereka. Yang aku risaukan, mak aku kerana kakinya tidak sihat selepas patah kira-kira sepuluh tahun yang lalu. Mak terpaksa menjaga 2 orang yang masih didalam pantang, selain cucu-cucu yang lain yg masih tidak paham apa-apa. Kesian dia nanti terpaksa terhencot-hencot berjalan dan berlari mengejar cucu-cucunya. Selain itu yang aku risaukan adalah baby-baby tu yang masih lagi jaundis, dan perlu ke klinik kesihatan setiap selang sehari. Siapa la nanti yang akan hantarkan mereka ke klinik, kalau nak harapkan abah, dia pula bawa bas sekolah. Nak harapkan mak..mak pula tak tau nak drive. Option yang ada ialah mereka berdua kene meminta suami masing2 hantarkan mereka ke klinik.

Petang nanti adalah kali terakhir aku menghantar mereka ke klinik. Aku harap mereka cepat sihat terutama kak ita yang kene operate tu, serta dapat rehat yang secukupnya. Dan kami akan balik selayang di waktu yang lain. Sekarang ni dah susah nak balik selalu kerana harga petrol sudah naik.

No comments: