Thursday, June 19, 2008

Ke Klinik

Petang semalam aku seperti biasa menjadi drebar kepada adik dan kakak aku ke klinik kerana anak mereka kene jaundis (betul ke eja ni). Seperti biasa kalau di kauter di lab, pegawai yang bertugas selalunya ingat baby tu adalah kembar, walhal sah2 nama di kad masing2 bin dan binti yang berlainan. Agaknya dah kata sepupu tu muka pun ada iras2 yg sama la kot org luar tengok.

Tadi sebelum bertolak ke klinik, jiran aku plak telipon nak tumpang sekali pergi ke klinik kerana cucunya yang baru lahir juga kene cirit birit (doktor kata sbb baby tu minum campur susu- susu formula+susu ibu). jadi semlm aku telah membawa 3 orang ibu dalam pantang. Semasa di klinik, semua orang yg berada di klinik itu memandang kami dengan peliknya. Mana taknya, semua yang dalam kereta yg aku pandu tu adalah ibu dalam pantang yang pergi keklinik. Masa tu ada la seorang pesakit luar bertanyakan aku, aku bawa siapa tu, aku kata kan aku membawa kakak dan adik serta jiran.

Semasa di kaunter pun ada misi pula bertanya :anak kembar ke 2 org baby ni??" lalu ada seorang misi yang pernah datang buat lawatan ke rumah mak aku, cakap "baby tu bukan kembar tetapi satu rumah". Semasa balik pula ( masa tu rebas or renyai2 or gerimis) aku hendak menjemput sorang demi sorang ke kereta, salah satu misi plak bertanya "nak amik 2 orang ni je ke?" lalu aku jawab " tak.. nak amik 3 org ni" misi kat klinik pun jadi konpius sbb aku boleh membawa jiran aku skali ke klinik untuk pergi membuat rawatan bayi.

Semasa dalam perjalanan balik pula, kami asyik bercerita ttg apa yg berlaku di klinik. Maka kakak aku memberi cadangan supaya aku membuka nursery memberi servis menjaga org dlm pantang. Heheheheheh....... kalau macam tu aku kene belajar mengurut orang dlm pantang ler...hihihihihihiihi....

Ada salah seorang makcik aku kata aku ni mungkin "menurun" dari arwah moyang aku yang pernah jadi bidan masa zaman sebelum merdeka, walaupun arwah moyang aku bidan kampung tapi orang putih datang jumpa dia bagi ubat2 moden untuk diberikan kepada pesakit2...

No comments: