Monday, June 16, 2008

Rutin Baru

Sekarang aku di Selayang rumah mak, membantu mak menjaga adik dan kakak aku yang sedang berpantang. Kebeulan pula mereka berdua tu bersalin pada minggu yang sama. Masa aku bersalinkan Arissa, aku tinggal di Melaka, ibu mertua yang jaga masa berpantang. Sekarang bila kakak dan adik aku yang bersalin, aku pula yang jaga mereka. Itu sahaja yang boleh aku contribute (nak bagi maid aku tak mampu..heheh almaklumla penanggur terhormat - even adik aku pun tak dapat cari orang untuk jaganya).

Selain menjaga orang yang berpantang, aku juga menjaga 5 lagi anak buah aku serta Arissa yang masing2 berusia diatara 1-4 thn.

Rutin harian aku selama aku disini adalah
1) menyediakan sarapan, air mandian ibu dan bayi
2)memberi mandi bayi-bayi dan pakaikan mereka baju serta memandikan Arissa dan sepupu2nya
3) menghidangkan sarapan pagi kepada ibu2 berpantang serta ahli keluarga yang lain.
4) mengemas rumah, membasuh baju
5)memasak lunch sambil2 membuat minuman pukul 10 (selalunya diorang ni skip minum sbb kadang2 terlelap)
6)memberi lunch kepada ibu2 berpantang dan menyuap makanan kepada Arissa dan sepupu2nya
7)menyediakan minum petang pula.
8) menegemas rumah untuk sesi petang (menukar cadar2)
9)memandikan bayi2 dan pakaikan baju mereka.
10) memberi mandi Arissa dan sepupu2nya
11) menyediakan dinner dan menyuap Arissa dan sepupu2nya dinner.
12) mengemas lagi (huhuuhhuhu...tak habis2 mengemas)

Fuhhhhh...bznya aku ....kadang2 letih juga, semunya nak run serentak, itu tak termasuk dengan bebudak tu meregam dgn karenah Arissa lagik. Selalunya malam as usual, aku tido lewat malam,kalau tak pukul 1-2 pagi... esoknya pepagi dah kene bangun awal.. Tapi tak apa lah...kesiankan mak, biarlah dia "berehat" sementara aku disini.

No comments: