Tuesday, November 11, 2008

From Hutan Percha with Love

Wah sudah lama aku tak update blog ni... alasannya adalah seperti biasa, tiada mood, malas, etc2..

Mulai 2 November yang lalu aku telah pun "berpindah" ke rumah mertuaku di melaka. Pada mulanya seminggu sebelum itu kancilku telah pun dihantar ke Melaka ( kedua2 mertua dan anis yang bawakan kancilku).

Setelah genap 2 tahun aku tinggal bersama suami terchenta, sekali lagi episod PJJ (perkahwinan jarak jauh) kami bermula lagi. Episod rindu merindu mula melanda (huhuhuhuuu......setiap hari asyik menghitung hari untuk bertemu suami tercinta pada setiap hujung minggu).

Ada juga tertanya2 mengapa aku begitu cepat "berpindah", sedangkan hubby masih lagi belum cuti belajar. Ini adalah kerana aku mempunyai misi (ceh wah macam la gempak sgt hahahah) di tanah kelahiran Hang Tuah ini (betul ke Hang Tuah lahir di Melaka?)

Sejak kebelakangan ini aku agak sibuk menguruskan perniagaan aku di sini (Melaka)...hahahah..bunyi cam bisness juta-juta je. Minggu pertama aku di sini, aku telah menerima tempahan frozen food dari H***l . Alhmdulillah, sambutan agak menggalakkan. Selain itu, aku juga sibuk menghadiri seminar2 keusahawan dan juga pameran2 yang diadakan di Menara MITC baru2 ini (Showcase satu daerah satu industri). Showcase SDSI itu amat mengagumkan, selain dapat menimba ilmu dapat juga menjamu selera terutama sekali di Malaysia Kitchen kerana menghidangkan juadah yang enak2 belaka.

Selain dari frozen food, bantal kekabu pun mendapat sambutan yang menggalakkan, terutamanya di kawasan K.Lumpur. Di sini pun permintaan bantal kekabu boleh tahan. Stok bantal disini pun dah berkurangan (ramai yang membeli kerana nak membuat kerja kawin. sesiapa yang nak beli bantal kekabu cepat2 sebelum terlambat). Alhamdulillah sekali lagi.

Aku amat bersyukur kerana dianugerahi keluarga dan mertua yang sentiasa memberi sokongan kepada aku baik dari segi spiritual, kewangan, tempat dan peralatan. Semoga Allah membalas setiap kebaikan kepada mereka.

8 comments:

Musliyana and family said...

salam...akak..moga business berjalan lancar...bgus sebenranya bantal kekabu ni kan...akak amek supplier mana??bile azlis pindah?bile dia start phd?

desilza said...

pepatah org tua2: sayang anak tangan2kan, sayangkan isteri tinggal2kan.. hehehe. Miss u and ur cooking very much. Hari2 makan roti lorr...

musliyana: tgh tunggu surat KPT. paling cepat tgh bulan 12. seronok gak berbisnes, cuma penat badan dan poket sket.. heheheh. Apa pun, cobaan.. berakit2 kehulu, berenang2 ketepian...

misah said...

dyn.. semua soklan telah dijawab oleh azlis..

to beloved hubby;
jumaat ni nak makan apa??? nnt cha masakkan...heheheh..miss u too.

dak wan ... said...

eh hutan percha?? ni menantu siapa yek?

desilza said...

hehehe.. menantu sulung Md Jalil & Azizah A22 Jalan Kelapa. depan umah Bachik & sebelah umah cik md sah. dak wan ni asal hutan percha gak ke? now kat middle east?

misah said...

dak wan.. desilza dah jawabkan in detail, dak wan ni anak sapa lak kat hutan percha?

dak wan ... said...

desilza & misah,

nice meeting u both. oooo lemme guess, rumah your parents yg ujung sekali corner area dkt2 rumah wahi tu kan? your parents org baru kat hp kan.

kalau betul i pernah dgr abt your father working in sabah and kenal ngan my brother borhan yg masa tu kerja kat felda plantations in gugusan sahabat, sabah.

kalau betul-lah. hehe.

u can call me kak wan, my parents house is just in front of klinik kesihatan hp/ taman rekreasi tu.

yup i am now in bahrain, ikut asben keja sini.

keep in touch!

fireflies said...

salams, semoga bisnes awak bertambah maju.. amiin...