Thursday, July 8, 2010

Alhamdulillah..

Alhamdulillah aku ada kesempatan untuk mengupdate blog yg sudah penuh semak dan sawang ni. Itupun layout blog ni tak habis lagi disusun. Alhamdulillah, mulai minggu ini keadaan jadual aku makin teratur, setelah 3 bulan hidup dalam "tunggang-langgang". Selepas "kehilangan" kandungan yang lepas , Alhamdulillah, aku hamil sekali lagi. Tapi kali ini, aku rasakan pengalaman pregnent kali ini berbeza sungguh semasa aku pregnent yg lepas-lepas.
Semasa pregnentkan Arissa, aku tidaklah seteruk ini, cuma pening-pening lalat sahaja. Malah pergerakan aku sungguh aktif sekali. Mananya tidak, semasa pregnentkan Arissa, aku masih boleh duduk di makmal memotong besi menggunakan lathe mesin, mendrill engine kereta dan lain2 kerja yg lasak. Tetapi kali ini, aku "mabuk" teruk, sehingga hampir sebulan aku tidak boleh bangun, kalau muntah tu tak boleh cerita la satu hari bnyk kali muntah sampai lembik2 badan. Jarang sekali aku masak, bau tumisan tak tahan, bau nasi tgh mendidih pun aku tak tahan baunya. Tgk iklan KFC kat tv pun boleh mual. Makan semuanya kene beli, dan ada ketikanya abah akan menghantar lauk pauk yg mak masak. Nasib baik rumah mak ngan rumah aku tak jauh, 1 kampung je.
Hubby banyak membantu dalam urusan rumahtangga, dia la yang mengemas rumah dan membasuh dan menyidai kain setiap hari. Urusan sekolah Arissa pun dia yang buat. Kesian aku tengak diorang dua beranak, seperti terabai. Nasib baik hubby sangat2 memahami. Ada ketikanya mak mertua datang kerumah kami, aku tak dapat nak masak apa2, semuanya tapau aje. Nasib baik mak dan abah mertua sgt memahami. Siap mak mertua aku cakap kat hubby, org pregnent ni kalau mabuk ada sampai ke labour room pun ada juga. Heheheh...cam terasa pregnent anak pertama la plak bila mak mertua bnyk bg info2 pasal pregnent women kat hubby. Ye la, masa pregnentkan Arissa dulu, aku kerja KL, hubby kerja kat Parit Raja, jumpa pun seminggu sekali. Pernah juga kami tak bertemu 2 bulan setengah kerana hubby kene menghadiri bnyk kursus, dah nak bersalin, baru kami berjumpa.
Sekarang ni aku dinasihatkan doktor tidak melakukan kerja2 berat kerana kedudukan uri kebawah dan perlu di observed selalu. Alhamdulillah, kesihatan baby dalam kandungan baik sekali. Cuma harap-harap kedudukan uri akan ke tempat asal apabila kandungan sudah besar. kalau tidak, kene operate la nampak gayanya. Hmmm.. takpe ada masa lagi. Yang penting kene pergi check-up ikut masa yg ditetapkan.
Di klinik kesihatan, misi-misi bnyk membantu. Ada sesi taklimat yg diberi, walaupun aku ni pernah pregnent. Baru-baru ini, aku baru tau kalau nak makan (folic asid+ferum+vit.c dan vit b complex) kene makan sebelum makan, bukan selepas makan (selalunya aku makan slps makan). Misi kata kalau makan selepas makan, suppliment tu sukar utk diserap badan. Dinasihatkan juga, minum susu 2 kali sehari dan minum air kosong lebih. Taklimat penyususan susu ibu, aku dikecualikan kerana aku telah menyusukan Arissa selama 3 thn , so misi kata tak perlu dgr taklimat..hheheheheh.
Buat masa sekarang ni kami sedang mencari pembantu utk dtg ke rumah membuat kerja-kerja rumah dan menjaga aku waktu pantang nanti. Masih mencari, kalau boleh nak cari org tempatan yg datang pagi balik petang, sementara aku dalam pantang. Bukannya apa kali ni bercadang untuk berpantang di sini dan tak balik kg. Nak minta mak aku jaga, dia pun bukannya kuat sgt dah. Biasala org dah berumur. Nak mintak mak mertua jagakan, kesian plak dia, sekarang ni dia tgh seronok dgn kelas mengaji dia. Kalau tak dapat pembantu, nampak gayanya kene la hubby stay kat rumah buat seminggu dua. Heheheh... kene bagi kelas masakan utk hubby la nampak gayanya.

5 comments:

Idayu said...

tahniah!
taking care mama n baby ya!

misah said...

thanx ayu...

lady zaini said...

takper..kali nih saya pregnant pun betul2 penat, insya-Allah baby sihat nanti, gumok montel :)

dah berapa bulan dah sekarang? take care yer..harap2 nanti naikla uri tuh ke atas. aminn~

misah said...

zack, sakng ni dah masuk 4 bln. heheh..pasal baby gumok montel tu ada kemungkinan tu..tgk la mak dia besar mana..hehhe.

saya pun harap jugak uri tu naik keatas.

aZZa said...

kena tag.. sila jawab hihi

<a href="http://rahazza.blogspot.com/2010/07/jom-jawab-tag.html</a>