Setelah selesai menyalin resepi, dia menayakan kepada aku macam-macam. Sampai aku tak larat nak layan, so aku pun cakap, petang ni jugak Achik kene buat praktikal.. Heheheh..cam cikgu ERT (Ekonomi Rumah Tangga) lak aku ni. Maka petang semlam, Achik mengeluarkan bahan2 untuk membuat donat. Semasa sesi kelas membuat donat..suara aku menjadi tinggi kerana Achik seperti ragu2 menyukat bahan2. Semasa menyukat ramuan,
Achik : kakak, tepung ni cukup tak?
Aku dgn selamba menjawab,
Aku: Dlm resepi tu berapa yg nak, ko kira berapa?
Achik: 7 sudu besar tepung. Achik kira 7 sudu dah.
Aku: Camne?? sama tak ngan resepi tu??
Achik: sama.
habis cerita.
Semasa menerap,
Aku: tau tak camne nak ukur tebal tepung tu??
Achik: letak tgn atas tepung.
Aku: bukan
Achik: betul la..
Aku: kalau letak atas tgn atas tepung camne nak tau tebal dia, mungkin nipis mungkin tebal.
Achik: ??????
Aku: camni senang2 ambil tutup botol ni ukur sama tak tebal tepung tu ngan tinggi tutup botol tu.
Achik: kenapa nak guna tutup botol tu??
Aku: sbbnya tebal tepung tu yg nak diterap sama dgn tinggi tutup botol tu.
Sebenarnya aku saja bg tutup botol tu sbg "jig" utk menentukan tebal tepung tu.
Setelah selesai menerap tepung, dan dibiarkan tepung itu kembang, Achik menggoreng donut dan membuat minuman untuk minum petang.
Sebenarnya Achik tu mmg boleh buat kalu dia berkehendak, donut yg dibuat menjadi walaupun 1st try.
Heheh... sebenarnya semasa mengajar Achik tu, tak tau le aku menjadi kurang sabar. heheheeh panas baran aku mula menjadi. Hmmm.... agaknya mmg ditakdirkan aku tak boleh menjadi seorang guru, kerana kurang sabar...heheh. So semalam secara tak langsung aku "bercuti" menyediakan minum petang kerana Achik telah menyiapkannya.
Inilah hasil tangan Achik, donut sedap dimakan bersama air teh.