Monday, September 3, 2007

Malas..

Sejak akhir2 ini malas benar aku nak update blog ni..Ntah le naper...aku sendiripun tak tau.. Mungkin takde mood nak menulis blog ataupun tak sempat nak menulis, itu alasan yang paling sesuai selain malas..hehehehe..

Aku rasa sejak akhir2 ini masa berlalu terlalu pantas. Rutin harian aku sejak 3-4 minggu ni macam tak de apa2 selain, memasak mengemas, melipat baju,membasuh. Itu saja memakan masa sehari suntuk. Ataupun aku yang buat kerja2 tu dengan lembabnya. Waaaaaaaa!!!!!! pesal aku jadi camni.

Sebenarnya aku 2 minggu tak de makmal. Marking report pun tak abih2....tensen tul ler...Kadang2 bila nak tido aku sentiasa bertanya pada diri..apa yang aku dah buat hari ni.

Lupakan pasal malas tu...

Sebenarnya banyak cerita yang nak ditulis tapi tak tertulis.. Mula2 aku nak ucapkan tahniah kepada hubby sebab dah lulus IELTS. Walaupun study last minit Alhamdulillah dia dapat membuat exam dgn baiknya.

Isnin lepas 27 Ogos Yus dan famili datang ke rumah ajzie dan rumah kami juga. Sebenarnya mereka menyinggah ke rumah kami setelah selesai meninjau keadaan rumah yg bakal mereka sewa itu. ALhamdulillah rumah yang bakal mereka sewa itu sgt bagus keadaannya dan sgt berbaloi dgn sewaannya.

Rabu 28 Ogos, Ajzie mengajak aku ke Ayer Hitam utk menjamu mata melihat kain2 yang dijual disitu ( *hari Rabu adalah hari ala2 pasar minggu kat Ayer Hitam)..Hubby ada memberi sedikit wang utk aku bershopping. Tapi entah mengapa aku takde mood lak nak beli apa2 pun. Kemudian ajzie ada membawa aku ke kedai pasu. Sebenarnya Ajzie hendak mencari pasu. Tapi hari tu kurang bernasib baik, kedai pasu tak buka pulak..maybe kami dtg terlalu awal....heheheh... Selepas ke Ayer HItam aku mengikut Ajzie ke Pusat Kegiatan Kemas untuk mengambil Alia. Sambil2 tu aku ke kelas jahitan utk bertanya mengenai kelas jahitan...(Konon2 nak belajar menjahit la tu..heheh)

Jumaat 31 Ogos..MERDEKA!!!!MERDEKA!!!!MERDEKA!!!!MKERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!!MERDEKA. Duduk umah tgk tv.

Sabtu 1 Sept.. Hubby bawa kami anak beranak ke BP Mall..Saja2 jenjalan..

Ahad 2 Sept..Hubby kene kerja...Arahan dr pihak pentadbiran UTHM. So duduk umah tak kemana2..Nak jenjalan pun kete tak de coz bg pinjam kat student hubby utk konvokasyen (*student hubby org S'wak famili dia dr S'wak takde transport so bg la dia pinjam utk 2-3 hari*)
Selain dr itu Yus dan famili datang ke rumah kami kerana menunggu Hj. Masnin utk ambil kunci rumah dan nak basuh rumah yg bakal mereka diami itu. Hari tu aku masak simple je menjamu mereka sup campur ngan ikan goreng ngan sambal kicap. Ajzie pula ada masak ikan parang masak asam pedas.. ( To Ajzie..ikan parang masak asam pedas tu sedap la..dan tulang ikan parang tu tak berselerak dan senang nak makan).

Malam kami ke tapak pesta konvo.. best jugak kat sini..inilah 1st time aku tgk pesta konvo kat UTHM ni..selama ni asyik pesta konvo UM, UKM dan UPM dan penah gak gi kat UiTM ShahAlam. Walaupun tak sebesar kat UM< UKM dan UPM..tapi seronok..sbb ada gerai yang aku berkenan..gerai tudung ngan gerai claytan. kat gerai tudung tu ada la beli tudung 5 helai..sebenarnya utk aku selai je..yg lebih tu utk mak aku, mak mertua dan adik ipar. Kat gerai claytan tu pun rambang mata...almaklumla harga bowl kat situ murah2... dan maybe Selasa ni hubby akn beli beberapa biji...

Wah!!!! bnyknya plak aku membebel....Fuhhhhhh!!!!.

2 comments:

aZZa said...

next week aja datang parit raja lagi.. hehe
bowl murah2 ke..

azlissani said...

TQ for your support and understanding...