Monday, January 7, 2008

Selamat Tahun Baru 2008

Selamat datang tahun 2008. Selamat tinggal tahun 2007. Hmmm...apa resolusi thn baru ni???? aku pun tak leh nak listkan...ntah le..agaknya tahap motivasi aku dah mula menurun agaknye...

Dulu kalau masa sekolah, setiap tahun mengharapkan supaya pencapaian akademik bertambah baik dari thn ke thn..

Kalau masa study kat uni, mengharapkan cgpa akan menaik...

Masa kerja, harapkan gaji naik..(hehehehe..walaupun pangkat tak naik, yg penting gaji naik). Tinggal kat KL maaa... semuanya kene berbayar..masuk toilet kene bayar 30sen, kalau jalan2 kat KLCC parking kat basement 1 jam RM5, kalau kat tanah lapang kat depan bangunan Yap Kwan Seng RM3 perentri (skang ni aku tak tau rate dia..dah setahun tak ke sana)

Masa zaman anak dara, heheheh..dok berdoa supaya ditemukan jodoh yang baik. Alhamdulillah, Allah dah pertemukan aku dengan suamiku Mohd Azlis Sani, org yang bertanggung jawab, penyayang dan sentiasa sibuk dgn tugas2nya.3 Dis 2007 genap la usia pernikahan kami yang ke-2.

Bila dah bersuami, berdoa pulak supaya dapat zuriat.. Alhamdulillah.. Allah kurniakan seorang bayi perempuan bernama Nur Arissa.

Dengan kedatangan tahun baru ini aku berharap, di beri kesihatan yang baik, di murahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat.

Untuk hubby tersayang, semoga tahun ini moga2 dapat apa yang dihajati dan sentiasa tekun menjalani tugas2 yang diamanahkan ( alang2 dah bz memanjang tu biar terus dapat jadi pprofessor) walaupun terpaksa pergi opis malam2 nak selesaikan tugasan( Gomen bagi gaji naik kene le keje keras...hehehheh.


p/s: 3 Januari yang lepas adalah hari lahir hubby. (To hubby happy birthday, tak dapat nak buat apa2 yang special...3 hari tak boleh nak bangun sbb tak sihat. Sian to hubby).

2 comments:

ajzie said...

Salam Maal Hijrah dari kami. Semoga setiap azam dan perlaksanaannya mendatangkan manfaat di dunia dan keuntungan di akhirat.


Happy belated birthday juga buat deSilza and happy belated ulangtahun perkahwinan yg ke2.. Moga terus kekal bahagia.

misazlissa said...

azie..
terima kasih.
salam maal hijrah juga dr kami sekeluarga.