Wednesday, June 4, 2008

Ceritera ceriteri



Wah!!!! hari ni genap sebulan aku tak update blog, bukannya apa, penyakit lama datang balik sbb tak de idea dan tak berkesempatan nak menulis...huhuhhhhuu. Ini kerana Arissa akan conqured pc dan tv untuk tengok BARNEY (my hubby's frend said; patut dibunuh je BARNEY tu)




Pukul 12.30 pagi tadi mak dari Selayang called, katanya kak Ita (kakak aku yg no 2) telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.2kg secara ceserian. Bila dengar cerita mak ngan kak Yati (kak Yong aku ) pasal kak Ita, kesian plak dia... Dugaan untuk dia bersalin amat menakutkan. Bermula dari anak sulong, dia bersalin di salah sebuah Hospital Kerajaan yang canggih di Selangor, anaknya mendapat complication sbb lemas dlm perut (water bag pecah more than 24 hours) dan anaknya dimasukkan di NICU selama 2 minggu. Kemudian anak kedua pulak bersalin di Hospital Swasta yang agak terkenal di sekitar KL, pun sama juga, cuma anaknya tidak lemas dan dilahirkan secara ceserian. Itu pun setelah mak aku berjumpa ngan doktor dan jururawat untuk menyuruh mereka operate sahaja kakak aku tu kerana tidak tahan tgk penderitaan yg dia alami. Semalam dia bersalin di salah sebuah hospital universiti di KL. Dr pakar yg merawatnya memaksa dia bersalin walaupun belum tiba waktunya, setelah 12 jam diinduced, rupa2nya diaa tidak boleh bersalin normal dan terpaksa di operate kerana kedudukan bayi tidak disaluran yg betul. Bila mendengar keadaan dia bersalin yg agak susah, aku menjadi amat ngeri, masih teringat lagi semasa sakit bersalinkan Arissa. kesian kak Ita, rupa2nya nasib tidak menyebelahi dia. Cuma yang aku harapkan supaya dia cepat sembuh.




Hmmm..panjang plak bercerita pasal kak Ita... lama jugak ye aku tak update blog ni. Bukannya apa sepanjang bulan May ni aku tidak banyak duduk dirumah, kerana dihantar ke rumah MIL semasa hubby pergi ke JB ada conference. Nasib baik semasa di kampung Arissa tak buat hal (merap or meragam)mencari abahnya, kerana semua bibik2nya ada di kampung yang melayan dia. Siap bibiknya membawa dia pergi JJ (jalan2 or kalau MIL kata JJ=JayaJusco), dan sempatla mamanya membuat sedikit corecction thesis (huhuhu.... panas telinga ada org yg asyik perli.....1."aik..tak abih2 buat master", 2. "lambatnya nak siap master tu"3."payah sangat ke nak abihkan master tu" 4. aik tak viva lagi ke"dan etc2). Huhuhuhuhuhu...saban hari sebelum tido macam nak nangis je aku ni mengenangkan camne aku nak buat correction, date line makin dekat. ya Allah tolong permudahkan urusanku.




Dalam bulan May ni aku rasa hidup aku menjadi tunggang langgang, mana taknya segala yg diplanned tak menjadi. Huhuhuhu (menangis lagi aku). ini bermula dari rutin tidur Arissa yang tak menentu... (susah nak tido malam kalau tak kul 2-3 pagi tak sah), kemudian bila siang tidak mahu keluar rumah- duduk kat rumah mengadap CD Barney (bangun2 pagi dgn mata yg tak buka elok amik remote buka CD. Sekarang ni hal2 dunia pun dah tak tau dah, asyik kene layan Arissa tengok Barney dia. Kalu tak layan Barney layan Pocoyo la plak... Tgk muka Arissa pun dah macam pocoyo heheheh...teruk betul la mama Arissa ni.

cerita akan bersambung lain kali...Arissa dah mula nak conqure pc...huhuhuhuh


6 comments:

Anonymous said...

visit www.pocoyo.blogspot.com

azlissani said...

siannya anak abah kena samakan ngan pocoyo.. heheheh

arissa jgn nakal2, kesian mama...

Anonymous said...

hmm..arissa ada masalah tdo yea. Syifa ni pon kalau tak sumbatnya puting, kul 2-3 pagi jugakla baru tdo..BTW good luck for your thesis!
Syifa dah nak balik 26 june nih..bleh jumpa Arissa.

misah said...

azrin hani
thanx..
nanti hantar syifa kat nursery kak lin ke?? btw hv a good journey nanti.
bila balik nanti dtg le rumah

Anonymous said...

a'ah, ingt nak hanta nursery kak lin. Cemana kak misah rasa?? oke tak service die skrg nih?

-Azrin

misah said...

azrinhani,
so far 2bln yg lepas kak lin ada tambah 2 org pengasuh lagi...so far servis dia okeh ler..tp dah lama tak hantar arissa ke nursery.