Wednesday, April 23, 2008

Carta Hits...

Arissa..Arissa... sekarang ni susah sangat nak tido pada waktu malam. Macam2 petua org bagi, aku tried gak..tapi tak menjadi. Ada petua yang kata:
1) jgn beri anak tido lama2 waktu siang:- Arissa tidur siang tak lama..
2) siang bagi anak main sampai letih :- Mmg aku bg Arissa main sampai letih, hasilnya mmg cepat dia tidur..pukul 9 mlm dah tidur, tapi bangun semula pukul 11 mlm dan tidur semula pukul 2 atau 3 pagi.
3) bagi dia makan kenyang-kenyang, kerana kalau kenyang, cepat mengantuk :- tak jalan jugak
4) jangan bagi minum teh or cofee:- mungkin gak sbb kadang2 kami minum teh tarik ada small portion bg kat Arissa, dah cuba dah dalam 2mlm..hasilnya tidur lambat jugak sbb dia sengaja tahan mata, then macam2 kerenah dia kene layan...

kadang2 kene babab ngan mama dan abahnya..huhuhuhuhu..(ni kes mama ngan abah Arissa dah tak larat nak angkat mata...heheh)

Kalau dia tak mo tidur macam2 lak deman dia.. nak bear la, nak susu ler dan macam2 lagik.

yang paling tak tahan dia suruh mamanya menyanyi:
1) Cicak-cicak di dinding ( dia akan sebut cicak)
2) Burung kakak tua (dia akan sebut kakak)
3) saya ada burung pipit ( dia akan sebut pipit)
4) incy wincy spider ( dia akan sebut minci..minci)
5) kereta kecil (dia akan sebut pon..pon..pon)

dan mlm ni ada carta lagu baru..dan arissa sgt suka..

SAYA AYAM KOKKOKOKOKOKOKO..
SAYA ITIK QUEK..QUEK..QUEK..
SAYA BURUNG CIT..CIT..CIT...
KAMI BUNYI KOKOKOKOKOKO, QUEK..QUEK..QUEK.., CIT..CIT..CIT..

Arissa suruh aku nyanyikan lagu tu sampai aku pun naik jemu nyanyi lagu tu...

Wednesday, April 16, 2008

BELLA...BELLA..BELLA...



Skng ni tgh demam tgk Bella kat tv3 jam 6.30pm to 7.30pm. Even my hubby pun kalau boleh tak leh nak lepaskan tgk cerita Bella ni..hehehehe...selalunya hubby tak suka tgk cerita orang yang dengki mendengki ni...tapi cerita Bella ni dia layan habisssss..

Seronok gak tv3 buat tayang cerita telenovella ni.. Sbbnya hubby akan balik on time pukul 6.30 or awal skit..sbb nak layan Bella ni. Kalau tidak selalunya dia akan balik bila matahari dah mula nak terbenam (dkt maghrib le tu). Hehehehehhe..seronok jugak kalau Bella ni ditayang kan dalam pukul 5.30 ptg..gerenti hubby balik lagik awal..heheheheh jgn mare bang.. (kalu mare nanti cepat tua..)

Addicted to blogging?????????

After answered the quiz...the result is....

42%How Addicted to Blogging Are You?

Friday, April 11, 2008

Kerana Mulut.......

Orang tua-tua pernah berpesan, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Sebenarnya aku saja letak tajuk entri ni kerana mulut...

Seperti biasa, selalunya kalau ada kesempatan, hubby akan membawa kami ke Carrefour ( tu le tempat yang selalu hubby bawa - alasannya tempat lain sesak...huhuhuh). Selalunya dalam perjalanan dari Parit Raja ke Carrefour tu, atau dari Ayer Hitam ke Parit Raja, aku akan memberi komen tentang design jalan raya di sini....(heheheheh..macam chief engineer JKR le plak).

Mana taknya.. jalan raya yang ada 4 lane ( 2 lane setiap hala)tu sepanjang jalan dari Ayer Hitam ke Batu Pahat tak banyak pembahagi jalan. Sudah la tu pulak jalan tu adalah jalan utama dari Ayer Hitam atau Kluang ke Batu Pahat. biasa la kan kalau laluan utama jalan macam-macam kenderaan yang lalu, baik sekecil-kecil kenderaan ( eg: basikal) atau sebesar2 kenderaan ( lori), tak lupa juga kepada pejalan kaki. Boleh dikatakan sibuk juga jalan di sini.

Sekiranya memandu, kalau kita di lane kanan ( sepatutnya lane laju), kita terpaksa berhati-hati kerana tgh seronok menekan minyak tetiba kereta depan kita pula berhenti, kerana untuk memasuki simpang keseberang jalan. tambahan pula ada juga pengguna jalan raya tidak memberi signal..itu yg hampeh tu..geram makcik...Kalau drive di lane kiri pula terpaksa berhati-hati dengan kenderaan yang keluar dari kampung2 yang berdekatan pula. Yang paling aku bengang,penunggang motosikal...main pecut je..dahla tak pakai helmet..bawak anak kecil pulak tu. Habis duit kerajaan buat iklan soh pakai topi keledar.

Sikap pemandu pula suka bawa kenderaan laju-laju. Ada ke jalan berhampiran kampung2 bawa laju2..bukan ke bahaya..

Pasal traffic light pula, aku berharap sangat le ada traffic light kat simpang nak masuk ke taman perumahan aku tu, kerana simpang nak masuk ke taman perumahan aku tu jalan besar, sukar untuk cross jalan kalau nak ke pekan Parit Raja. Selalunya kalau aku nak ke klinik, pasar atau kawasan2 pekan parit Raja tu, aku akan mengikut jalan dalam a.k.a jalan kampung (coz tak yah nak cross jalan besar) atau pun alternatif yg lain pergi ke UTHM yang sejauh 1 km, then u-turn ikut traffic light baru la ke pekan Parit Raja. Selain itu bukan sahaja aku minta traffic light ke simpang rumah aku, tetapi ke simpang Taman Universiti, tak juga kat KEMAS parit Jelutung tu. Yang penting sekali kat KEMAS Parit Jelutung tu.... kerana ramai parents yg bawa anak2 ke tadika KEMAS tu... agak bahaya kalau nak cross (kalau arah Parit Raja) masuk ke KEMAS tu.

Selain itu pula, jejantas pejalan kaki.... pejalan kaki terpaksa melintas 4 lane untuk ke seberang jalan...sgt bahaya... bukan sahaja pejalan kaki malah yang bawa kenderaan kerana kadang2 tak perasan ada pejalan kaki yang melintas..terutama pada waktu malam. Selalunya jalan yang selalu orang melintas di kawasan perindustrian kat kilang FUJITSU (sebelah UTHM)..kilang SHARP.. dimana pekerja2 kilang kalau balik (tukar shift atau waktu rehat) mereka akan melintas seberang jalan...kalau malam hari, dah la pakai baju warna gelap mereka ni main melintas je...kita yang memandu ni ppulak kene perlahankan kereta...kereta belakang pula bagi hi-beam plak kat kereta kita...

Harap-harap ada la orang yang ambil tindakan, sebabnya bagi aku kat Parit Raja ni ada ramai "Engineers" ( termasuk hubby aku le) dan bakal2 engineers..... dan mungkin juga ada yang buat research tentang sistem jalan raya.

Jangan le jalan raya disini mengorbankan lagi pengguna jalan raya..kerana sebulan yang lepas kami baru kehilangan jiran yang maut disebabkan kemalangan jalan raya. Yang "pergi" tetap pergi..tetapi kesian kepada suami arwah, anak2 dan ibunya. Terutama sekali anak2 yang masih kecil (ada juga bayi berusia 4 bulan) yang masih memerlukan kasih sayang ibu yang sepenuhnya.

Sebenarnya entri kerana mulut ni aku tulis sbb hubby tak bagi aku pergi ke Ayer Hitam sorang2 terutama sekali kalau aku drive kancil aku tu.....huhuhuhuhuh tu le pasal ...mulut aku jugak le..beri komen pasal jln raya kat sini. Hmmmmm...skang ni kalau nak ke mana2 kene tunggu hubby...susahnye kalau camni...sbb hubby selalu sibuk...weekend pun pergi opis..... nampaknya aku hanya boleh ke pasar dan pekan Parit Raja dan kawasan2 yang berdekatan sahaja....

p/s: kerana mulut....aku dah tak leh panajng kaki kemana-mana...huhuhuhuhhuh.

Wednesday, April 9, 2008

Selamat Hari Lahir

Hari ini adalah hari lahir buat abah yang tersayang
Buat abah Selamat Hari Lahir.
Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki,dicucuri rahmat dan berkat dari Allah Taala diberikan kesihatan yang baik.
Semoga kasih sayang yang diberikan kepada kami dipanjangkan lagi.
Kasih sayang mu terhadap kami anak-anak tidak ternilai walau pun di gantikan dengan emas permata jika dibandingkan dengan segala pengorbananmu untuk menjadikan kami anak-anak berjaya.
Semoga Allah dapat membalas segala jasa dan pengorbananmu selama ini.
Tiada apa yang boleh kami berikan untuk hari lahirmu selain doa, semoga abah dicucuri rahmat, berkat

Monday, April 7, 2008

Arissa dan Aku

Alhamdulillah, Arissa sudahpun sembuh dari demam campak. 2-3 hari juga dia merap (meragam). Hari Jumaat lepas, nenek Arissa dan bibiknya datang ke sini untuk melawat Arissa.
Selepas Arissa pulih, aku pula diserang sakit kepala, sehinggakan semalam (Ahad) ada Yasiinan jiran aku pun aku tak pergi kerana kepala terlalu berat. Cuaca yang tidak menentu agaknya.panas terik dan tetiba hujan yang sangat lebat, kepalaku terasa sgt panas. Beberapa kali aku mandi untuk hilangkan panas di kepala, namun tidak berhasil. Panas di kepala menyebabkan hidung dan mulutku berdarah ( itu normal la sejak kanak-kanak lagik, sekiranya musim panas, hidungku akan berdarah). Pada tengahari semalam hubby belikan air badak, selepas minum baru terasa lega.Tapi hari ni pun ada jugak terasa sakit sikit2 tapi still under control.

To hubby, thanx a lot buatkan breakfast semalam.

Friday, April 4, 2008

Buku Baru Untuk Dijual

Buku ini baru diterbitkan dipasaran. Ada 3 buah buku yang bertajuk:

1) Insectasia Brigade
Pengarang: Wan Ten Aminah Wan Man
Genre: Animal Fiction
Harga : RM 49.90
(p/s: buku ini amat sesuai untuk anak-anak anda yang berusia 5 tahun ke atas. Bahasanya mudah dan senang untuk difahami serta ilustrasi yang menarik kanak-kanak)

2)Monsun Dari Selatan
Pengarang : Wan Teh Aminah Wan Man
Genre: Malay Fiction
Harga : RM 29.90

3) Blazing Hibiscus Trail
Pengarang : Wan Aminah Wan Man
Genre: English Fiction
Harga : RM 39.90






Kepada sesiapa yang berminat, boleh email kepada saya misahmy@yahoo.com.sg atau azlissani@yahoo.com. Harga buku tidak termasuk kos penghantaran. Penghantaran akan dibuat selepas pembayaran dibuat.

Wednesday, April 2, 2008

new update

Fuhhhh..lamanya tak update blog ni...uhukkkkk...berhabuk dan bersawang. Asyik balik kampung je..heheheh sampai tak sempat2 nak update blog ni... dalam bulan Febuari,famili aku dari selayang melawat kami sekeluarga di parit raja, masa tahun baru cina yg lepas ni, kemudian kami balik melaka makan ikan bakar kat serkam, pastu tinggal 2-3 hari kat melaka. pastu kami pergi jenjalan lak ke langkawi selama 3 hari 2 malam.

Bulan March plak balik Selayang ngan Melaka, balik mengundi....aku undi siapa...undi adalah rahsia. Pertengahan bulan March pulak,tinggal kat Selayang dalam 2 minggu ... huhuhuhu..berjauhan dgn beloved hubby. Actually 1 week je berjauhan, 1 week lagi hubby keje kat UKM (uruskan bebudak bertanding ROBOCON). Walaupun hubby berulang alik dari Selayang ke Bangi, tapi rasanya cam berjauhan la plak.. mananya tak...pagi dlm kul 8.00pg hubby dah pergi ke Bangi..malam selalunya pukul 9.30mlm baru samapi rumah...minum2, mandi2...pastu tido..sbb esok nak pegi semula..kadang2 nak bersembang pun tak sempat. Bila tgk keadaan hubby camtu...teringat lak pulak aku dgn anak sedara aku tu...kesian..duduk kat area kl.. pepagi seawal 6.45 pagi dah kene hantar kat rumah mak aku (mak aku yg mengasuh dorang), pukul 10.00 atau 10.30 mlm baru kakak aku amik dorang tu..kengkadang anak2 hantar anak pepagi..anak masih tido..mlm plak amik anak..anak pulak dah tido.

Arissa pulak, sekarang ni sudahpun setahun setengah.. tapi tabiaat tidur dia masih sama...lewat malam baru tidur...

okeh la update buat kali ni...Arissa meragam la pulak....