Orang tua-tua pernah berpesan, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Sebenarnya aku saja letak tajuk entri ni kerana mulut...
Seperti biasa, selalunya kalau ada kesempatan, hubby akan membawa kami ke Carrefour ( tu le tempat yang selalu hubby bawa - alasannya tempat lain sesak...huhuhuh). Selalunya dalam perjalanan dari Parit Raja ke Carrefour tu, atau dari Ayer Hitam ke Parit Raja, aku akan memberi komen tentang design jalan raya di sini....(heheheheh..macam chief engineer JKR le plak).
Mana taknya.. jalan raya yang ada 4 lane ( 2 lane setiap hala)tu sepanjang jalan dari Ayer Hitam ke Batu Pahat tak banyak pembahagi jalan. Sudah la tu pulak jalan tu adalah jalan utama dari Ayer Hitam atau Kluang ke Batu Pahat. biasa la kan kalau laluan utama jalan macam-macam kenderaan yang lalu, baik sekecil-kecil kenderaan ( eg: basikal) atau sebesar2 kenderaan ( lori), tak lupa juga kepada pejalan kaki. Boleh dikatakan sibuk juga jalan di sini.
Sekiranya memandu, kalau kita di lane kanan ( sepatutnya lane laju), kita terpaksa berhati-hati kerana tgh seronok menekan minyak tetiba kereta depan kita pula berhenti, kerana untuk memasuki simpang keseberang jalan. tambahan pula ada juga pengguna jalan raya tidak memberi signal..itu yg hampeh tu..geram makcik...Kalau drive di lane kiri pula terpaksa berhati-hati dengan kenderaan yang keluar dari kampung2 yang berdekatan pula. Yang paling aku bengang,penunggang motosikal...main pecut je..dahla tak pakai helmet..bawak anak kecil pulak tu. Habis duit kerajaan buat iklan soh pakai topi keledar.
Sikap pemandu pula suka bawa kenderaan laju-laju. Ada ke jalan berhampiran kampung2 bawa laju2..bukan ke bahaya..
Pasal traffic light pula, aku berharap sangat le ada traffic light kat simpang nak masuk ke taman perumahan aku tu, kerana simpang nak masuk ke taman perumahan aku tu jalan besar, sukar untuk cross jalan kalau nak ke pekan Parit Raja. Selalunya kalau aku nak ke klinik, pasar atau kawasan2 pekan parit Raja tu, aku akan mengikut jalan dalam a.k.a jalan kampung (coz tak yah nak cross jalan besar) atau pun alternatif yg lain pergi ke UTHM yang sejauh 1 km, then u-turn ikut traffic light baru la ke pekan Parit Raja. Selain itu bukan sahaja aku minta traffic light ke simpang rumah aku, tetapi ke simpang Taman Universiti, tak juga kat KEMAS parit Jelutung tu. Yang penting sekali kat KEMAS Parit Jelutung tu.... kerana ramai parents yg bawa anak2 ke tadika KEMAS tu... agak bahaya kalau nak cross (kalau arah Parit Raja) masuk ke KEMAS tu.
Selain itu pula, jejantas pejalan kaki.... pejalan kaki terpaksa melintas 4 lane untuk ke seberang jalan...sgt bahaya... bukan sahaja pejalan kaki malah yang bawa kenderaan kerana kadang2 tak perasan ada pejalan kaki yang melintas..terutama pada waktu malam. Selalunya jalan yang selalu orang melintas di kawasan perindustrian kat kilang FUJITSU (sebelah UTHM)..kilang SHARP.. dimana pekerja2 kilang kalau balik (tukar shift atau waktu rehat) mereka akan melintas seberang jalan...kalau malam hari, dah la pakai baju warna gelap mereka ni main melintas je...kita yang memandu ni ppulak kene perlahankan kereta...kereta belakang pula bagi hi-beam plak kat kereta kita...
Harap-harap ada la orang yang ambil tindakan, sebabnya bagi aku kat Parit Raja ni ada ramai "Engineers" ( termasuk hubby aku le) dan bakal2 engineers..... dan mungkin juga ada yang buat research tentang sistem jalan raya.
Jangan le jalan raya disini mengorbankan lagi pengguna jalan raya..kerana sebulan yang lepas kami baru kehilangan jiran yang maut disebabkan kemalangan jalan raya. Yang "pergi" tetap pergi..tetapi kesian kepada suami arwah, anak2 dan ibunya. Terutama sekali anak2 yang masih kecil (ada juga bayi berusia 4 bulan) yang masih memerlukan kasih sayang ibu yang sepenuhnya.
Sebenarnya entri kerana mulut ni aku tulis sbb hubby tak bagi aku pergi ke Ayer Hitam sorang2 terutama sekali kalau aku drive kancil aku tu.....huhuhuhuhuh tu le pasal ...mulut aku jugak le..beri komen pasal jln raya kat sini. Hmmmmm...skang ni kalau nak ke mana2 kene tunggu hubby...susahnye kalau camni...sbb hubby selalu sibuk...weekend pun pergi opis..... nampaknya aku hanya boleh ke pasar dan pekan Parit Raja dan kawasan2 yang berdekatan sahaja....
p/s: kerana mulut....aku dah tak leh panajng kaki kemana-mana...huhuhuhuhhuh.