Thursday, February 22, 2007

Menu semalam

Ikan masak sambal hijau


Bergedil roti ikan (resepi ciptaan sendiri)


Masak sayur bening




Hari ni cam biasa aku masak utk lunch. Tapi tak tau apa nak masak. Kat peti ais ada ikan bawal, ikian kembong, ikan pelata, sayur sawi, gobis, cauliflower, carrot, tomato dan kacang buncis.

Hmmmm..so hari ni aku decided masak sambal ikan bawal. Isk.....kalau masak sambal asyik warna merah..so nak tukar lak warna hijau..heheh so aku gunakan cili hijau utk buat sambal..tapi tak pedas la. sayur lak aku masak sayur bening , makanan kegemaran my hubby.

Malam.... hmmm boring lak makan nasi..so aku buat roti sumbat begedil ikan, coselaw ngan nachois (kerepek ubi),minum lak milo sederhana pekat.

Kalau nak cuba sambal ikan bawal hijau;
bhn2nya...(ni aku buat utk makan 2 0rg..tp sayur kalau org biasa utk 4 org)

Bahan utk dikisar
1) 4 biji cili hijau
2)2 ulas bawang putih
3) 3 ulas bawang merah a.k.a bawang kecik.
bahan2 tu dikisar jgn terlalu hancur.

utk di goreng
2 ekor ikan bawal yang di lumur kunyit dan garam.

tidak lupa 1 biji tomato yg dipotong dadu.
minyak utk menggoreng dan menumis

Cara membuatnya:
1) Panaskan minyak, masukkan bahan2 yg dikisar sehingga garing a.k.a pecah minyaknya.
2) masukkan tomato yg dipotong dadu, garam, gula sedikit atau serbuk perisa (option)secukup rasa.
3)masukkan ikan yg telah digoreng.
4) angkat dan masukkan kedalam pinggan. kalau nak hias bolehlah dihias mengikut kreativiti masing2.
p/s: kalau nak lebih pedas leh masukkan cili padi.

Resepi sayur bening (ni masakan yg paling best dibuat sbbnya semuanya dicampur dan direbus)
1) 2 pokok sawi
2) 4 kelopak gobis
3) 1 biji kentang ( yg kecil)
4) sedikit su'un
5) 2 inchi carrot
6) sedikit cauliflower
7) 2 biji bawang merah a.k.a bawang kecik
8) 1 hirisan nipis halia
9) 1 ulas bawang putih.
10) kalau nak ada perisa leh letak ikan bilis.tapi my hubby x suka letak ikan bilis dlm sayur bening dia.
11) Hirisan cili masak.
12) daun sup a.k.a daun saderi

Cara2nya
Masukkan air sebanyak lebih kurang 700ml air ( kalau nak kuah lebih leh tambah lagi kalau nak kuah kurang leh kurangkan air rebusan)kedalam periuk. masukkan kentang yg dipotong nipis +bawang + halia + bawang putih + ikan bilis yg ditumbuk atau tak ditumbuk , rebus sampai kentang empuk.
Kemudian masukkan cauliflower, carrot, su'un,batang sawi, last sekali masukkan daun sawi. Masukkan garam secukup rasa. Akhir sekali taburkan daun sup...
mudah je kan...tak payah nak tumis2...

So far aku amalkan makan sayur bening ni ngan ikan goreng dlm 3 bulan ni berat badan aku dah turun hampir 5kg selepas bersalin…

*nak ke Sg Petani sampai hari Selasa. Dapur kita akan bersama puan-puan pada minggu depan.

12 comments:

Ajzie said...

Wahhhh best lah..ada satu lagi sumber resepi utk Azie... Kita nih tak pandai masak. Main campak2 aje..hihihi

Anonymous said...

Bergedil ikan sumbat Roti mcm mana pula Misah?... Nak juga..

Unknown said...

yelah..begedil ikan sumbat roti?? yus pun nak...hehe. Yus pulak kalau buat bening suka letak ikan bilis...hihi

misah said...

Begedil ikan sumbat roti :

Bahan2nya:

2 ekor ikan kembong direbus dibuang tulang dan ditumbuk
1 biji cili hijau dicincang halus
1/2 biji bawang besar yg sederhana besar dicincang halus.
1 pokok daun sup dipotong halus
1 pokok daun bawang dipotong halus
1biji kentang yg direbus dan dilecek
1 french bread dipotong sederhana tebal dan di bhgn tghnya dikosongkan.
2 biji telur ayam gred c
1 sudu kecil serbuk kari
sedikit garam

cara2nya:

masukkan ikan kentang, cili, daun sup, daun bawang,bawang,serbuk kari dan garam secukup rasa didalam mangkuk dan gaulkan sehingga sebati.
sumbatkan adunan tadi kedalam french bread yg telah dikosongkan sehingga padat.
panaskan minyak dlm kuali, celupkan french bread yg telah disumbat kedalam telur yg telah dikacau. goreng sehingga kekuningan.
mudah je kan...

aZZa said...

dah bukak blog Menu ke? hehehe.. letak resepi ungkep lak

Ajzie said...

ooo ic..ehh kena guna minyak banyak lah yea utk mengoreng? Pastu lepas goreng baru potong2 yea..

misah said...

actually french bread tu potong bulat2 dulu then bergedil tu sumbat dlam roti yg dikosongkan. pastu goreng.

azlissani said...

azie kena pakai germany bread.. french bread takde

Anonymous said...

oooic tak terkeluar ker isi ikan tuh nanti..of maybe dah disalut dengan telur tak berkecai yea....mcm kita buat bergedil daging juga kan....


Misah...
Resepi hari ini tak de ker?

Anonymous said...

isi tu tak berkecai coz kita dah padatkan kedalam roti yg di lubangkan tu.lebih kurang cam begedil daging tu la..cuma daging ditukar kepada ikan.

hari ni masak simple je...sayur bening ngan ikan kembung goreng. tak yah bg resepi pun azi dah tau..:)

Anonymous said...

huhuhuhu..ikan goreng tak nak lah... Alya pun tau hihhihi. Arissa pun tahu jugak kot..

Misah
Pandai buat icing? yg keras2 tuh.. Ala2 mama carries punya icing tuh.. tp azi nak yg warna warni tuh.. Mcm org buat cupcakes tuh? Kalau ada resepi boleh lah share dengan Azi

misah said...

icing tak penah cuba buat pun. Resepi pun tak de.