Wednesday, April 2, 2008

new update

Fuhhhh..lamanya tak update blog ni...uhukkkkk...berhabuk dan bersawang. Asyik balik kampung je..heheheh sampai tak sempat2 nak update blog ni... dalam bulan Febuari,famili aku dari selayang melawat kami sekeluarga di parit raja, masa tahun baru cina yg lepas ni, kemudian kami balik melaka makan ikan bakar kat serkam, pastu tinggal 2-3 hari kat melaka. pastu kami pergi jenjalan lak ke langkawi selama 3 hari 2 malam.

Bulan March plak balik Selayang ngan Melaka, balik mengundi....aku undi siapa...undi adalah rahsia. Pertengahan bulan March pulak,tinggal kat Selayang dalam 2 minggu ... huhuhuhu..berjauhan dgn beloved hubby. Actually 1 week je berjauhan, 1 week lagi hubby keje kat UKM (uruskan bebudak bertanding ROBOCON). Walaupun hubby berulang alik dari Selayang ke Bangi, tapi rasanya cam berjauhan la plak.. mananya tak...pagi dlm kul 8.00pg hubby dah pergi ke Bangi..malam selalunya pukul 9.30mlm baru samapi rumah...minum2, mandi2...pastu tido..sbb esok nak pegi semula..kadang2 nak bersembang pun tak sempat. Bila tgk keadaan hubby camtu...teringat lak pulak aku dgn anak sedara aku tu...kesian..duduk kat area kl.. pepagi seawal 6.45 pagi dah kene hantar kat rumah mak aku (mak aku yg mengasuh dorang), pukul 10.00 atau 10.30 mlm baru kakak aku amik dorang tu..kengkadang anak2 hantar anak pepagi..anak masih tido..mlm plak amik anak..anak pulak dah tido.

Arissa pulak, sekarang ni sudahpun setahun setengah.. tapi tabiaat tidur dia masih sama...lewat malam baru tidur...

okeh la update buat kali ni...Arissa meragam la pulak....

Thursday, January 17, 2008

Tagged by Yan

1. Name one person who made you laugh last night. Arissa
2.What were you doing at 0800? breakfast
3. What were you doing 30 minutes ago?Check e-mail
4. What happened to you in 2006? to be a mother
5. What was the last thing you said out loud? Arissa jgn..(kes menggigit ketika breastfeed)
6. How many beverages did you have today? 1 cup of tea and 1 slice of toasted bread
7. What color is your hairbrush?Yellow
8. What was the last thing you paid for? Beli susu pekat manis
9. Where were you last night?at home
10. What color is your front door? brown and grey
11. Where do you keep your change? in my pocket....habbit
12. What’s the weather like today? panas .....sbb nak bg kain jemuran kering
13. What’s the best ice-cream flavor? strawberry and coklat
14. What excites you? cooking....can impress the feeling
15. Do you want to cut your hair? yes
16. Are you over the age of 25? yup
17. Do you talk a lot? humm.. ckp bnyk ngan org yg aku kenal..
18. Do you watch the O.C.? No
19. Do you know anyone named Steven? nope
20. Do you make up your own words? sometimes
21.Are you a jealous person?Not obviously
22. Name a friend whose name starts with the letter ‘A’ Azie
23. Name a friend whose name starts with the letter ‘K’ Kucai
24. Who’s the first person on your received call list? Hubby
25. What does the last text message you received say? tolong bagi resepi slimming juice
26. Do you chew on your straw?No
27. Do you have curly hair?No
28. Where’s the next place you’re going to?This weekend, Selayang
29. Who’s the rudest person in your life? ntah...sbb selalu buat tak tau...biarkan dia ngan labunya...heheheh
30. What was the last thing you ate? nasi putih, ayam bakar n slimming soup
31. Will you get married in the future? No,... now happy with my famili.
32. What’s the best movie you’ve seen in the past 2 weeks? tak tgk movie....
33. Is there anyone you like right now? ntah...
34. When was the last time you did the dishes? breakfast pagi tadi
35. Are you currently depressed?Nope
36. Did you cry today?Nope
37. Why did you answer and post this?Tagged by yan
38. Tag 5 people who would do this survey. hubby, ajzie,azza, adik,dr.ezzura,yus.

Diet...Diet..diet..

2-3 hari yg lepas ni ramai lak yg sms aku mintak resepi slimming soup la, slimming juice la,,,

penat tgn aku menekan button di hp...menaip resepi...heheheh..cam aku ni slimming consultant la plak...

So far dlm 2-3 minggu ni aku ada cuba kat hubby..so far dah turun lebih kurang 3kg dlm masa ni...itu pun bnyk gak yg aku skipkan..heheh...

oklah... ni resepi soup diet tu...

1 biji bawang besar potong dadu
3 ulas bawang putih potong dadu
1cm halia dicincang halus
1 keping dada ayam yg di buang kulit dan lemak potong dadu ( kalau x mo ayam leh guna fish cake ke fish ball ke)
1 btg carrot potong dadu
1 bj tomato potong dadu
1 btg saleri potong dadu
1/4 biji capcicum
3 keping kubis potong dadu
*kalu nak letak sup bunjut pun boleh juga, atau pun lada sulah atau lada hitam

cara2 memasak:
renihkan bawang besar, bawang putih, halia dan ayam didalam air sebnyk lebih kurang 2-3 gelas air, renihkan sehingga ayam empuk.
Selepas itu masukkan carrot, dan lain2 bahan..tambahkan garam secukup rasa.


slimming soup;
1/2 batang carrot (yg saiz besar..kalau kecik 1 biji ler)
1 biji epal hijau
1 biji oren
1/2 batang saleri

cara2nya blend semua bhn2 dgn air sbnyk 750ml.


p/s: kalau nak turunkan bdn makan ler sup diet ni + ikan or ayam bakar + nasi 1 cawan selama 1 bln..kemungkinan dapt turun kan berat badan 4-6kg. sukatan ini utk lunch dan dinner. in between lunch and dinner ni minum la slimming juice. (kalau breakfast makan roti 1-2 keping + susu segar or kopi kurang manis)

Friday, January 11, 2008

Salam Maal Hijrah

Salam maal hijrah...
Semoga thn ni di rahmati dan diberkati..

----------------------------------------------

2-3 hari lepas..aku mendengar berita di tv mengatakan ada seorang kanak2 perempuan bernama sharlinie yg hilang...Jantung aku tetiba bedegup dgn kencang memikirkan nasib kanak2 ni...cuma aku berdoa supaya kanak2 tu selamat hendaknya.. Marilah kita sama-sama mendokan keselamatan dia. Minta dijauhkan dr. menjadi Nurin Jazlin yang kedua.


Semalam...berita menyatakan Sharlinie belum ditemui lagi...Aku dan suami mula bercerita tentang keselamatan anak2 dirumah dan persekitaran.. Aku mula risau tentang keselamatan persekitaran. Mula memikirkan bagaimana hendak mencegah kanak2 dr di culik...

Aku mula dgn idea2 aku yg gila2 ni..Lalu aku beritahu hubby, agaknya next time kite kene implant anak2 kita ngan penggera keselamatan, cam penggera kereta yg company CAPTOR buat tu yg leh trace mana kereta kalau kene curi... heheheheh.

Aku berharap ada la resercher yg buat benda ni... kalau ada kat sini aku rasa aku le org pertama yg akan letak kat anak aku...heheheheheh...

Monday, January 7, 2008

Selamat Tahun Baru 2008

Selamat datang tahun 2008. Selamat tinggal tahun 2007. Hmmm...apa resolusi thn baru ni???? aku pun tak leh nak listkan...ntah le..agaknya tahap motivasi aku dah mula menurun agaknye...

Dulu kalau masa sekolah, setiap tahun mengharapkan supaya pencapaian akademik bertambah baik dari thn ke thn..

Kalau masa study kat uni, mengharapkan cgpa akan menaik...

Masa kerja, harapkan gaji naik..(hehehehe..walaupun pangkat tak naik, yg penting gaji naik). Tinggal kat KL maaa... semuanya kene berbayar..masuk toilet kene bayar 30sen, kalau jalan2 kat KLCC parking kat basement 1 jam RM5, kalau kat tanah lapang kat depan bangunan Yap Kwan Seng RM3 perentri (skang ni aku tak tau rate dia..dah setahun tak ke sana)

Masa zaman anak dara, heheheh..dok berdoa supaya ditemukan jodoh yang baik. Alhamdulillah, Allah dah pertemukan aku dengan suamiku Mohd Azlis Sani, org yang bertanggung jawab, penyayang dan sentiasa sibuk dgn tugas2nya.3 Dis 2007 genap la usia pernikahan kami yang ke-2.

Bila dah bersuami, berdoa pulak supaya dapat zuriat.. Alhamdulillah.. Allah kurniakan seorang bayi perempuan bernama Nur Arissa.

Dengan kedatangan tahun baru ini aku berharap, di beri kesihatan yang baik, di murahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat.

Untuk hubby tersayang, semoga tahun ini moga2 dapat apa yang dihajati dan sentiasa tekun menjalani tugas2 yang diamanahkan ( alang2 dah bz memanjang tu biar terus dapat jadi pprofessor) walaupun terpaksa pergi opis malam2 nak selesaikan tugasan( Gomen bagi gaji naik kene le keje keras...hehehheh.


p/s: 3 Januari yang lepas adalah hari lahir hubby. (To hubby happy birthday, tak dapat nak buat apa2 yang special...3 hari tak boleh nak bangun sbb tak sihat. Sian to hubby).

Friday, November 16, 2007

Rindunya

Hari ni dah genap setahun aku meninggalkan centre (CPDM). Rindunya aku pada kawan2 di sana termasuklah boss kat situ. Kawan2 seperti Saz, Isk, Firsa, Said, Ipin, Apis, Ainil, En.Suimi, En. Rohaizin, cik MaT, Koh, Yap dan Ivan. Suasana kerja di situ seperti satu keluarga, di mana sudah tentunya boss kami (Prof. Zahari) tu sbg bapa yg membimbing dalam menjalankan kerja2 kami.

Boss aku tu sgt baik orgnya (walaupun pada pertama kali pandang mukanya amat garang dan bengis) hehehhe...jgn mare prof..(macam le prof ni baca blog aku). Aku berbangga la dapat berkerja di bawah penyeliaan prof ni. Bagi aku boss aku ni jenis org yg "down to earth", humble dan lain2 la...Yang bestnya tentang boss aku ni, dia ni cam kedekut sikit..maksud aku segala budget grant dia akan guna sebaik yg mungkin... pernah sekali injector yg kami beli tu ter"hilang" dia punya marah la..sampai membebel katanya duit beli injector tu duit rakyat..kita bagi hilang and blalalalal...Peristiwa yang paling aku tidak boleh lupakan, semasa kawan2 di centre pergi kursus kat AVL, Austria, masa tu tinggal aku sorang je, dia nak pergi meeting kat UPM, suruh aku booking kenderaan dan driver skali. Malangnya pada hari itu semua kereta fakulti telah dibooked oleh org lain, yg ada cuma driver dan lori sahaja..Masa tu dia berkeras juga nak driver dan naik kenderaan fakulti, jadi hari tu dia pergi ke UPM naik lori..heheheh..(sori la prof). Lagi satu kalau pergi conference ke oversea, dia selalu ambil tiket class economy, walaupun dia entitled dapat 1st class. Selain itu juga dialah org yg bagi peluang kami mengexposekan diri di kalangan org2 koperat seperti join exhibition dan lain2.. yg bestnya aku dan saz jd wakil dia lunch kat mandrin hotel kat klcc tu, masa tu pasal LID. Terasa rendah diri dan malu pun ada sbbnya yg dtg tu semuanya director, CEO dan paling teruk pun manager..dan kami plak..cuma researcher kopak je.

Saz pula selalunya seperti "punching bag" kawan2 bg melepaskan geram (kiranya semua ngadu kat dia ler). Yang bestnya semenjak aku berkawan dgn dia sudah 10 thn, kami tidak pernah bermasam muka atau berselisihan pendapat....sebabnya Saz ngan aku punya character yg sama iaitu..heheheheh "brutal" terlampau. Semenjak 10 thn yg lepas Saz la yg jadi teman aku yg paling rapat. Ke mana aja kami ber2. Pergi shopping, tgk movie, bersukan dan macam2 aktiviti yg gila2..Dalam diam2 dialah antara org yg merapatkan perkenalan antara aku dan hubby, kira dia ni telangkai ler..heheheh..( Saz, tunggu ler nanti kitorang lak jd telangkai utk ko)

Koh pula sgt baik, selalu membantu aku dlm buat kerja2 research terutama semasa buat projek CNGDI. Hehehehe..jadi drebar masa pergi UTP utlk amik data, jadi pembantu yg setia semasa aku tgh sarat hamil, byk la yg dia bantu aku..kalau nak balas tak terbalas budi dia.

Isk, Firsa, Said, En. husni dorang ni dr Acheh, pun baik juga. selalu membantu walaupun bukan dlm scop kerja dorang..

Ipin ngan Apis lak..org yg bz kat centre tu..kesian kat dorang walaupun lecturer tp tetap sibuk ngan research yg dijalankan di centre tu.. to Ipin ngan Apis..alang2 sibuk kat uni tu..biar boleh dpat prof..baru berbaloi..heheheh..

Yang terkini aku dpt tau prof bawak semua org centre ke Ausie utk solar car racing.. Tahniah utk semua. Walaupun tak menang tp solarcar tu leh habiskan perlumbaan. Cayalah u all...



Ni la gambar dorang masa WSC (world solar car racing)

Friday, October 5, 2007

Cepatnya masa berlalu

Masa berlalu begitu pastas sekali. Ramadan sudah hampir kepenghujungnya. Esok pagi (6 Okt) kami akan balik ke kampung Melaka seterusnya akan balik ke Selayang menyambut lebaran Aidil fitri hari pertama di Selayang. Kemudian pada hari berikutnya kami akan balik ke Melaka pula. Itulah perancangan kami.

Mengenai masa, aku masih terasa berada di alam tadika, bermain dgn kawan dgn pelbagai permainan yg lasak. Semua itu telah menjadi kenangan yg indah. Esok ( 6 Okt) umurku akan melangkah ke angka 30 thn. huh.. sepjg umur aku ini..tertanya2 didlm hati kecil ku..apakah yg telah ku capai???? kerjaya??...sampai hari ni pun aku tidak mempunyai kerjaya..berbanding kawan2 aku masing2 telah berjaya dgn kerjaya masing2. Bukan menyesal menjadi surirumah..tetapi bila mengenangkan nasib diri sedih pun ada kerana bagiku, sepatutnya dgn usia ku begini aku sudahpun mempunyai kerjaya yg kukuh. Walaubagaimanapun aku bersyukur kerana mempunyai keluarga sendiri, berbanding kawan2ku yang masih hidup bersendirian.

Aku berharap dengan pertambahan umurku ini, aku mempunyai kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, segala perjalanan hidup baik di dunia dan akhirat dipermudahkan, kasih sayang antara aku dan keluarga dipereratkan lagi.

Kepada semua, semperna menyambut lebaran ini, saya memohon sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa dan menyinggung perasaan..

Selamat hari raya..